ATM Tech Global (M) Sdn. Bhd. (ATG) adalah salah sebuah anak syarikat dibawah naungan ATM Bina Sdn. Bhd. dan merupakan syarikat berasaskan kepada sistem “Affiliate” dan mempunyai rangkaian agen serta memiliki pasaraya atas talian.
ATG ditubuhkan pada tahun 2021 dan berhasrat untuk mengadakan program menjana pendapatan berasaskan kepada perbelanjaan barangan harian dan produk am yang boleh dijalankan oleh mereka dari pelbagai latar belakang dan sosioekonomi seperti keluarga B40, M40, golongan OKU serta asnaf dengan hanya melalui telefon pintar masing-masing.
ATG membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia terutama golongan ibu-ibu tunggal, surirumah sepenuh masa, pelajar universiti, pesara mahupun sesiapa sahaja yang bekerja atau tidak untuk menjana pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa.
ATG mempunyai pelan pertumbuhan yang menarik dan prinsip syarikat yang kukuh.
Marilah bersama membina masa depan yang cerah bersama ATG, kerana kejayaan anda keutamaan kami.